Salam Maulidur Rasul
Jom Berselawat kepada Nabi Muhammad SAW,
..Bermaksud memperbesarkan, mengagungkan, menambahkan kehormatan dan kepujian serta mendukung perjuangannya yang mulia, di samping melahirkan rasa syukur sebagai penyampai utusan-Nya yang menjadi rahmat seluruh alam, malah menambahkan keyakinan beramal dengan sunnahnya yang diredhai Allah..
Nabi Muhammad SAW bersabda;
“Doa seseorang itu akan terawang-awangan dan tidak diangkat ke langit selagi yang berdoa itu tidak berselawat kepadaku.”
Islam: ~Berhati-hati di usia 40 tahun~
BERHATI HATI DIUSIA 40 TAHUN
Ramai tidak sedar dalam al-Quran ada menyentuh tentang usia ini. Tentu ada yang sangat penting, perlu diperhatikan dan diambil seriu s akan perkara ini. Allah swt. berfirman,
حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ
وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ
الْمُسْلِمِيْنَ Maksudnya:
"Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” (al-Ahqaf: 15)
Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya. Benar-benar telah meninggalkan usia mudanya dan melangkah ke usia dewasa yang sebenar.
Doa yang terdapat dalam ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Di dalamnya terkandung penghuraian yang jelas bahawa mereka; telah menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal yang positif, telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah.
Pada ayat yang lain, firman Allah:
أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ
Apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam tempoh yang cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepadamu pemberi peringatan? (al-Fathir: 37)
Menurut Ibnu Abbas, Hasan al-Bashri, al-Kalbi, Wahab bin Munabbih, dan Masruq, yang dimaksud dengan “umur panjang dalam tempoh yang cukup untuk berfikir” dalam ayat tersebut tidak lain adalah ketika berusia 40 tahun.
Menurut Ibn Kathir, ayat ini memberikan petunjuk bahawa manusia apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah dengan bersungguh2.
Apabila itu berlaku menjelang usia 40 tahun, maka Allah memberikan janjiNya dalam ayat selepas itu: (maksudnya) Kematangan.
Usia 40 tahun adalah usia matang untuk kita bersungguh-sungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian. Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini. Bahkan Nabi s.a.w, seperti yang disebut oleh Ibn ‘Abbas:
“Dibangkitkan Rasulullah s.a.w pada usia 40 tahun” (riwayat al-Bukhari).
Nabi Muhammad saw. diutus menjadi nabi tepat pada usia 40 tahun. Begitu juga dengan nabi2 yang lain, kecuali Nabi Isa as. dan Nabi Yahya as.
Banyak negara menetapkan untuk menduduki jabatan2 elit seperti ketua negara, disyaratkan bakal calon harus telah berusia 40 tahun. Masyarakat sendiri mengakui prestasi seseorang mantap tatkala orang itu telah berusia 40 tahun. Soekarno menjadi presiden pada usia 44 tahun. Soeharto menjadi presiden pada umur 46 tahun. J.F. Kennedy 44 tahun. Bill Clinton 46 tahun. Paul Keating 47 tahun. Sementara Tony Blair 44 tahun.
Mengapa umur 40 tahun begitu penting.
Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah usia manusia diklasifikasikan menjadi 4 (empat) period, iaitu
1. Kanak-kanak ( sejak lahir hingga akil baligh )
2. Muda atau syabab ( sejak akil baligh hingga 40 tahun )
3. Dewasa ( 40 tahun hingga 60 tahun )
4. Tua atau syaikhukhah ( 60 tahun hingga mati )
Usia 40 tahun adalah usia ketika manusia benar-benar meninggalkan masa mudanya dan beralih kepada masa dewasa penuh. Kenyataan yang paling menarik pada usia 40 tahun ini adalah meningkatnya minat seseorang terhadap agama sedangkan semasa mudanya jauh sekali dengan agama. Seolah-olah macam satu fitrah di usia ini ramai yang mula menutup aurat dan mendekati kuliah-kuliah agama.
Salah satu keistimewaan usia 40 tahun tercermin dari sabda Rasulullah saw.,
لعَبْدُ الْمُسْلِمُ إِذَا بَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً خَفَّفَ اللهُ تَعَالَى حِسَابَهُ ، وَإِذَا بَلَغَ سِتِّيْنَ سَنَةً رَزَقَهُ اللهُ تَعَالَى الْإِنَابَةَ إِلَيْهِ ، وَإِذَا بَلَغَ سَبْعِيْنَ سَنَةً أَحَبَّهُ أَهْلُ السَّمَاءِ ، وَإِذَا بَلَغَ ثَمَانِيْنَ سَنَةً ثَبَّتَ اللهُ تَعَالَى حَسَنَاتِهِ وَمَحَا سَيِّئَاتِهِ ، وَإِذَا بَلَغَ تِسْعِيْنَ سَنَةً غَفَرَ اللهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ وَشَفَّعَهُ اللهُ تَعَالَى فِى أَهْلِ بَيْتِهِ ، وَكَتَبَ فِى السَّمَاءِ أَسِيْرَ اللهِ فِى أَرْضِهِ – رواه الإمام أحمد
"Seorang hamba muslim bila usianya mencapai 40 tahun, Allah akan meringankan hisabnya (perhitungan amalnya). Jika usianya mencapai 60 tahun, Allah akan memberikan anugerah berupa kemampuan kembali (bertaubat) kepadaNya. Bila usianya mencapai 70 tahun, para penduduk langit (malaikat) akan mencintainya. Jika usianya mencapai 80 tahun, Allah akan menetapkan amal kebaikannya dan menghapus amal keburukannya. Dan bila usianya mencapai 90 puluh tahun, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan dosa-dosanya yang dahulu, Allah juga akan memberikan pertolongan kepada anggota keluarganya, serta Allah akan mencatatnya sebagai tawanan Allah di bumi. (riwayat Ahmad)
Hadis ini menyebut usia 40 tahun paling awal memiliki komitmen terhadap penghambaan kepada Allah swt. sekaligus konsisten terhadap Islam, maka Allah swt. akan meringankan hisabnya. Orang yang usianya mencapai 40 tahun mendapatkan keistimewaan berupa hisabnya diringankan. Tetapi umur 40 tahun merupakan saat harus berhati2 juga. Ibarat waktu, orang yang berumur 40 tahun mungkin sudah masuk senja. Abdullah bin Abbas ra. dalam suatu riwayat berkata, “Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan tidak dpt mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka.”
Imam asy-Syafi’i tatkala mencapai usia 40 tahun, beliau berjalan sambil memakai tongkat. Jika ditanya, jawab beliau, “Agar aku ingat bahwa aku adalah musafir. Demi Allah, aku melihat diriku sekarang ini seperti seekor burung yang dipenjara di dalam sangkar. Lalu burung itu lepas di udara, kecuali telapak kakinya saja yang masih tertambat dalam sangkar. Komitmenku sekarang seperti itu juga. Aku tidak memiliki sisa2 syahwat untuk menetap tinggal di dunia. Aku tidak berkenan sahabat-sahabatku memberiku sedikit pun sedekah dari dunia. Aku juga tidak berkenan mereka mengingatkanku sedikit pun tentang hiruk pikuk dunia, kecuali hal yang menurut syara’ lazim bagiku. Di antara aku dan dia ada Allah.”
Lantas, apa yang harus kita lakukan menginjak usia 40 tahun?
1. Meneguhkan tujuan hidup
2. Meningkatkan daya spiritual
3. Menjadikan uban sebagai peringatan
4. Memperbanyak bersyukur
5. Menjaga makan dan tidur
6. Menjaga istiqamah dalam ibadah.
Jika ada yang mengatakan bahawa: Life began at forty, saya cenderung berpendapat kehidupan yang dimaksudkan ialah kehidupan terarah kepada mendekatkan diri kepada penciptaNya dengan sebenar-benarnya. Tetapi satu perkara yang kita harus sentiasa sedar bahawa kematian memanggil kita bila-bila masa tanpa tanda, tanpa alamat dan tanpa mengira usia. Jika kita beranggapan harus menunggu usia 40 tahun untuk baru memulakan kehidupan yang dimaksudkan di atas, maka rugi dan sia-sia lah hidup kita jika umur kita tidak panjang.
Maksud sabda Nabi Muhammad S.A.W ," Orang yang bijak adalah orang yang selalu mengingati mati".
Ramai manusia tertipu dengan keindahan dunia dan isinya yang bersifat sementara. Sejak Nabi Adam as. sehingga kini, kesemuanya telah kembali kepada Allah swt. tidak kira kaya atau miskin, berpangkat atau tidak. Mengingati mati bukan bermakna kita akan gagal di dunia tetapi dengan mengingati mati kita akan menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat. janganlah menunggu sehingga esok untuk membuat persediaan menghadapi kematian, kerana mati boleh datang pada bila-bila masa..
[Muslim Show] Dakwah: Show the right way
~Amar makruf nahi mungkar hari ini!
Ingatan tika pagi hari ^^
~~Kebaikan Celup dan Hisap Jari Sebelum dan Selepas Makan.
Nabi cakap apa?
Kenapa perlunya mencelup jari pada garam dan hisap jari tu sebelum dan selepas makan...? Sebab apa..? Sebabnya ialah :- 1) Garam mengurangkan selera makan kita, jadi kita boleh bersederhana waktu makan, tak berlebihan dan tak membazir. 2) Boleh buat jadi rasa kenyang.
3) Jika ada santau dalam makanan, garam boleh menghapuskan santau itu. Begitu juga dengan sihir. 4) Elak keracunan makanan. 5) Boleh menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Kita buat tak? Jom amalkan^^ Hadis tentang garam:
1. Dari Anas Bin Malik, nabi bersabda, "Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam. Tiadalah akan baik makanan itu melainkan dengan garam."
2. Hadis riwayat AlBazzar, Rasulullah pernah menyarankan supaya memakan secubit garam pada awal dan akhir setiap kali minum dan makan. Baginda berkata: "Sesiapa yang memulakan minum dan makan dengan memakan secubit garam Allah akan hindarkan 330 jenis penyakit, yang paling kurang ialah gila kusta, sakit perut dan sakit gigi. Yang bakinya diketahui oleh Allah sahaja." #Copypaste :)
Kenapa letak gambar di laman sosial tak baik? Baca sini ^^
Muslimah, Tindakan kita, pilihan kita sendiri. Masa depan kita ditangan kita sendiri. Maruah kita, ditangan kita sendiri. Maruah keluarga juga ditangan kita sendiri. Dari perbahasan di bawah, persoalan yang dapat ditimbulkan adalah: 1) Untuk siapa gambar yang diambil?2) Atas tujuan apa ia diambil? Apa keperluannya?3) Atas tujuan apa ia di muat naik?4) Adakah gambar itu akan menimbulkan rasa riak? Menimbulkan fitnah? Menaikkan syahwat? Jika bukan kerana ingin menunjuk-nunjuk, saja nak tayang muka, badan. Berapa peratus niatnya ia bukan kerana riak? Sedangkan riak itu dosa besar. Tepuklah dada tanya iman. Ada banyak masa terluang dan gunakanlan untuk mengaji ilmu. Merendah diri, malu itu sebahagian daripada iman. Kalau dah tiada rasa malu tidak sempurna iman.Wanita solehah ialah yang tidak dipandang dan juga tidak memandang. Kalau sifat malu itu ada pada diri. Pasti mereka tidak akan upload gambar. Kerana mereka tidak mahu menadi tatapan orang lain. Cukuplah ZAUJNYA sahaja yang menjadi tatapan ^^ Innamal A’malu bin Niyat“Segala amal itu tergantung Niatnya, dan setiap orang hanya mendapatkan sesuai niatnya. Maka barang siapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu kepada Allah dan Rasul-Nya. Barang siapa yang hijrahnya itu karena kesenangan dunia atau karena seorang wanita yang akan dikawininya, maka hijrahnya itu kepada apa yang ditujunya.” (HR. Bukhari dan Muslim) Pentingnya niat dalam setiap perlakuan kita, karena dengan niat itu maka akan menjadi catatan amal soleh atau dosa bagi seorang muslim. Sebagaimana juga termaktub dalam firman Allah : “Barang siapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, niscaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia tidak akan dirugikan. Itulah orang-orang yang tidak memperoleh di akhirat kecuali neraka” (Surah Huud: 15-16). Niat yang menjadi catatan amal adalah niat mengerjakan sesuatu yang tidak memiliki tujuan lain kecuali mengharapkan redha Allah, dan mengharapkan amal pahala. Sehingga suatu amalan walaupun itu merupakan kebaikan, namun tidak disertai suatu niat untuk mendapatkan redha atau mendekatkan diri kepada Allah, maka amal tersebut menjadi sia-sia semata atau tidak akan membuahkan pahala, terkecuali mungkin hanya mendapatkan pujian dari sesama manusia yang dapat mengarah pada kesombongan diri. Niat menjadi pembeza antara ibadah dan kebiasaan. Ibadah mendapat pahala sedangkan kebiasaan tidak mendapatkan pahala.
- WANI ^^
Nota Matematik untuk Tingkatan 1 - Tingkatan 3
Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh ^^ Dah lama ana tak post dekat blog ini. Ni cuma saja nak share nota math mana lah tahu dapat membantu korang. Tapi nota yang dia post tak penuh. Ana post ni pon sebab rasa nota dia tu okey jugalah untuk belajar dekat rumah kalau dekat sekolah tak berapa faham dan susah nak masukkan pelajaran math yang baru dalam kepala. Haha, tahun depan dah nak periksa besar. Jadi ana rancang tahun ni nak belajar lagi baik dari tahun lepas. Doakan ana boleh jawab dengan senang ye :D In sya Allah...Ameen ^_^
Mukjizat Nabi Muhammad SAW melebihi 300 mukjizat
Mukjizat Nabi Muhammad SAW yang melebihi 300 mukjizat
Assalammu’alaikum wbt kepada sidang pembaca sekalian. Penulis berasa PERLU untuk kita sebagai umat Muhammad SAW mengetahui dengan terperinci akan kelebihan-kelebihan dan mukjizat Nabi Muhammad SAW. Amat kasihan kepada umat Islam sekarang lebih-lebih lagi apabila dipersoalkan akan mukjizat Nabi SAW yang kita sayangi, yang mereka tahu hanyalah membelah bulan, Al-Qur’an dan awan menaungi baginda semasa kecil. Ini sahaja yang kita tahu. Di sini penulis berasa tertampil untuk menceritakan mukjizat-mukjizat Muhammad SAW yang tak pernah kita ketahui melainkan meneliti Hadith2 yang sahih merujuk http://aldiena.qweinhorn.co.cc/ . Amatlah sedih, ada pemuka-pemuka politik di negara kita yang menyatakan Nabi Muhammad SAW diberikan kelebihan mukjizat ketika baginda di angkat menjadi Nabi & Rasul, dan katanya lagi baginda sama dengan budak-budak biasa sebelum baginda menjadi Nabi & Rasul. Sedangkan penyataan itu tidak diteliti dengan baik yang mana boleh mengakibatkan fitnah.
Mukjizat Muhammad SAW adalah kemampuan luar biasa yang dimiliki Nabi Muhammad SAW untuk membuktikan kenabiannya. Dalam Islam, mukjizat terbesar Muhammad SAW adalah Al-Qur’an. Selain itu, Muhammad SAW juga diyakini pernah membelah bulan pada masa penyebaran Islam di Mekkah dan melakukan Isra dan Mi’raj dalam tidak sampai satu hari. Kemampuan lain yang dimiliki Muhammad SAW adalah kecerdasannya mengenai ilmu ketuhanan. Hal ini tidak sebanding dengan dirinya yang ummi atau buta huruf. Walau begitu, umat Islam meyakini bahwa setiap hal dalam kehidupan Muhammad SAW adalah mukjizat. Hal itu terbukti dari banyaknya kumpulan hadits yang diceritakan para sahabat mengenai berbagai mukjizat Muhammad SAW.
Terkadang ada muslim & kufar yg tak percaya dengan mukjizat Rasulullah Muhammad SAW yang dengan seizin ALLAh boleh dapat melakukan:
Mengerti bahasa binatang seperti Nabi Sulaiman Memerintah bumi & pohon seperti Nabi Musa Diberi mukjizat seperti Nabi Ibrahim Anak yang meninggal bangkit hidup kembali… (mirip mukjizat Nabi Isa AS)
Menyembuhkan orang buta Menyembuhkan orang lumpuh Menyembuhkan orang cacat sejak lahir Mengetahui isi hati
Memberi makan beribu orang dengan seketul makanan Memberi minum beribu orang dengan sikit air Mengeluarkan air ditengah padang gurun Mengeluarkan air dari sela jari untuk wudhu beribu orang Menyembuhkan putri raja yg cacat tanpa tangan & kaki
Membelah bulan menjadi 2 bagian Dan ini telah dibuktikan oleh para astronot yg menghabiskan dana ratusan juta dollar
Mengetahui apa yang telah terjadi Mengetahui apa yang sedang terjadi Mengetahui apa yang akan terjadi Melihat yg dibelakang punggungnya seperti dari depan
Musuh bergetar tak mampu membunuh Bumi memakan orang yang hendak membunuh beliau Musuh tak dapat melihat beliau Tidak dapat dibunuh musuh
Rombongan berkuda para sahabat boleh dapat menyeberang laut dengan berkuda saat mengejar musuh yang lari dengan kapal layar, atau pun mukjizat lainnya, ini kerana ia belum pernah membaca hadist shohih Bukhori & shohih Muslim atu Shohih Ahmad yg lengkap & bukan sekedar ringkasan hadis.
SEBELUM MASA KENABIAN
Tradisi Islam banyak menceritakan bahwa pada masa kelahiran dan masa sebelum kenabian, Muhammad SAW sudah diliputi banyak mukjizat. Muhammad SAW dilahirkan pada tanggal 22 April 570 di kalangan keluarga bangsawan Arab, Bani Hasyim. Ibnu Hisyam, dalam Sirah Nabawiyah menuliskan Muhammad SAW memperoleh namanya dari mimpi ibunya, Aminah binti Wahab ketika mengandungnya. Aminah memperoleh mimpi bahwa ia akan melahirkan “pemimpin umat”. Mimpi itu juga yang konon menyuruhnya mengucapkan, “Aku meletakkan dirinya dalam lindungan Yang Maha Esa dari segala kejahatan dan pendengki.” Kisah Aminah dan Abdul Muthalib juga menunjukkan bahwa sejak kecil Muhammad SAW adalah anak yang luar biasa. Berikut ini adalah mukjizat yang terjadi pada saat kelahiran dan masa kecil Muhammad SAW:
* Aminah binti Wahab, ibu Muhammad SAW pada saat mengandung Muhammad SAW tidak pernah merasa lelah seperti wanita pada umumnya.
* Saat melahirkan Muhammad SAW, Aminah binti Wahab tidak merasa sakit seperti wanita sewajarnya.
* Muhammad SAW dilahirkan dalam keadaan sudah berkhitan.
* Pada usia 5 bulan ia sudah pandai berjalan, usia 9 bulan ia sudah mampu berbicara dan pada usia 2 tahun ia sudah bisa dilepas bersama anak-anak Halimah yang lain untuk menggembala kambing.
* Halimah binti Abi-Dhua’ib, ibu susuan Muhammad SAW dapat menyusui kembali setelah sebelumnya ia dinyatakan telah kering susunya. Halimah dan suaminya pada awalnya menolak Muhammad SAW karena yatim. Namun, karena alasan ia tidak ingin dicemooh Bani Sa’d, ia menerima Muhammad SAW. Selama dengan Halimah, Muhammad SAW hidup nomaden bersama Bani Sa’d di gurun Arab selama empat tahun.
* Abdul Muthalib, kakek Muhammad SAW menuturkan bahwa berhala yang ada di Ka’bah tiba-tiba terjatuh dalam keadaan bersujud saat kelahiran Muhammad SAW. Ia juga menuturkan bahwa ia mendengar dinding Ka’bah berbicara, “Nabi yang dipilih telah lahir, yang akan menghancurkan orang-orang kafir, dan membersihkan dariku dari beberapa patung berhala ini, kemudian memerintahkan untuknya kepada Zat Yang Merajai Seluruh Alam Ini.”
* Dikisahkan saat Muhammad SAW berusia empat tahun, ia pernah dibedah perutnya oleh dua orang berbaju putih yang terakhir diketahui sebagai malaikat. Peristiwa itu terjadi di ketika Muhammad SAW sedang bermain dengan anak-anak Bani Sa’d dari suku Badui. Setelah kejadian itu, Muhammad SAW dikembalikan oleh Halimah kepada Aminah. Sirah Nabawiyyah, memberikan gambaran terperinci bahwa kedua orang itu, “membelah dadanya, mengambil jantungnya, dan membukanya untuk mengelurkan darah kotor darinya. Lalu mereka mencuci jantung dan dadanya dengan salju.” Peristiwa seperti itu juga terulang 50 tahun kemudian saat Muhammad SAW diisra’kan ke Yerusalem lalu ke Sidratul Muntaha dari Mekkah.
* Dikisahkan pula pada masa kecil Muhammad SAW, ia telah dibimbing oleh Allah. Hal itu mulai tampak setelah ibu dan kakeknya meninggal. Dikisahkan bahwa Muhammad SAW pernah diajak untuk menghadiri pesta dalam tradisi Jahiliyah, namun dalam perjalanan ke pesta ia merasa lelah dan tidur di jalan sehingga ia tidak mengikuti pesta tersebut.
* Pendeta Bahira menuturkan bahwa ia melihat tanda-tanda kenabian pada diri Muhammad SAW. Muhammad SAW saat itu berusia 12 tahun sedang beristirahat di wilayah Bushra dari perjalannya untuk berdagang bersama Abu Thalib ke Syiria. Pendeta Bahira menceritakan bahwa kedatangan Muhammad SAW saat itu diiringi dengan gumpalan awan yang menutupinya dari cahaya matahari. Ia juga sempat berdialog dengan Muhammad SAW dan menyaksikan adanya sebuah “stempel kenabian” (tanda kenabian) di kulit punggungnya.
* Mukjizat lain adalah Muhammad SAW pernah memperpendek perjalanan. Kisah ini terjadi saat pulang dari Syiria. Muhammad SAW diperintahkan Maisarah membawakan suratnya kepada Khadijah saat perjalanan masih 7 hari dari Mekkah. Namun, Muhammad SAW sudah sampai di rumah Khadijah tidak sampai satu hari. Dalam kitab as-Sab’iyyatun fi Mawadhil Bariyyat, Allah memerintahkan pada malaikat Jibril, Mikail, dan mendung untuk membantu Muhammad SAW. Jibril diperintahkan untuk melipat tanah yang dilalui unta Muhammad SAW dan menjaga sisi kanannya sedangkan Mikail diperintahkan menjaga di sisi kirinya dan mendung diperintahkan menaungi Muhammad SAW.
Pada Masa Kenabian
Kharisma
* Tatapan mata yang menggetarkan Ghaurats bin Harits, yaitu seorang musuh yang sedang menghunus pedang kearah leher Muhammad SAW.
* Menjadikan tangan Abu Jahal kaku.
* Jin yang bernama Muhayr bin Habbar membantu dakwah Muhammad SAW, kemudian jin itu diganti namanya menjadi Abdullah bin Abhar.
Menghilang dan menidurkan musuh
* Menghilang saat akan dibunuh oleh utusan Amr bin at-Thufail dan Ibad bin Qays utusan dari Bani Amr pada tahun 9 Hijriah atau Tahun Utusan
* Menghilang saat akan dilempari batu oleh Ummu Jamil, bibi Muhammad SAW ketika ia duduk di sekitar Ka’bah dengan Abu Bakar.[17]
* Menghilang saat akan dibunuh Abu Jahal dimana saat itu ia sedang solat. * Menidurkan 10 pemuda Mekkah yang berencana membunuhnya dengan taburan pasir.
Binatang, tumbuhan, alam dan benda mati
* Seekor srigala berbicara kepada Muhammad SAW . * Berbicara dengan unta yang lari dari pemiliknya yang menyebabkan masyarakatnya meninggalkan shalat Isya’. * Berbicara dengan unta pembawa hadiah raja Habib bin Malik untuk membuktikan bahwa hadiah tersebut bukan untuk Abu Jahal melainkan untuk Muhammad SAW. * Mengusap kantung susu seekor kambing untuk mengeluarkan susunya yang telah habis. * Dua Sahabat Nabi SAW dibimbing oleh cahaya. * Mimbar menangis setelah mendengar bacaan ayat-ayat Allah. * Pohon kurma dapat berbuah dengan seketika. * Batang pohon kurma meratap kepada Muhammad SAW. * Pohon menjadi saksi dan dibuat berbicara kepada Muhammad SAW. * Berhala-berhala runtuh dengan hanya ditunjuk oleh Muhammad SAW. * Mendatangkan hujan dan meredakan banjir saat musim kemarau tahun 6 Hijriah di Madinah yang saat itu mengalami kekeringan. * Berbicara dengan gunung untuk mengelurkan air bagi Uqa’il bin Abi Thalib yang kehausan. * Berbicara dengan gilingan tepung Fatimah yang takut dijadikan batu-batu neraka. * Merubah emas hadiah raja Habib bin Malik menjadi pasir di gunung Abi Qubaisy. * Memerintahkan gilingan tepung untuk berputar dengan sendirinya. * Tubuh Muhammad SAW memancarkan petir ketika hendak di bunuh oleh Syaibah bin ‘Utsman pda Perang Hunain.
Makanan dan minuman
* Makanan yang di makan oleh Muhammad SAW mengagungkan Nama Allah. * Makanan sedikit yang bisa dimakan sebanyak 800 orang pada Perang Khandaq. * Roti sedikit cukup untuk orang banyak. * Sepotong hati kambing cukup untuk 130 orang. * Makanan yang dimakan tidak berkurang justru bertambah tiga kali lipat. * Menjadikan beras merah sebanyak setengah kwintal yang diberikan kepada orang Badui Arab tetap utuh tidak berkurang selama berhari-hari. * Menjadikan minyak samin Ummu Malik tetap utuh tidak berkurang walau telah diberikan kepada Muhammad SAW. * Air memancar dari sela-sela jari. Kemudian air itu untuk berwudhu 300 orang sahabat hanya dengan semangkuk air. * Susu dan kencing unta bisa menyembuhkan penyakit atas izin Allah.
Mendo’akan dan menyembuhkan
* Menyembuhkan betis Ibnu al-Hakam yang terputus pada Perang Badar, kemudian Muhammad SAW meniupnya, lalu sembuh seketika tanpa meresakan sakit sedikit pun. * Mata Qatadah terluka pada Perang Uhud, sehingga jatuh dari kelopaknya, kemudian oleh Muhammad SAW mata tersebut dimasukkan kembali dan menjadi lebih indah dari sebelumnya. * Mendo’akan untuk menumbuhkan gigi salah seorang sahabatnya bernama Sabiqah yang rontok sewaktu perang. * Mendo’akan Anas bin Malik dengan banyak harta dan anak. * Menyembuhkan daya ingat Abu Hurairah yang pelupa. * Menyembuhkan penyakit mata Ali bin Abi Thalib saat pemilihan pembawa bendera pemimpin dalam perang Khaibar. * Menyembuhkan luka gigitan ular yang diderita Abu Bakar dengan ludahnya saat bersembunyi di Gua Tsur dari pengejaran penduduk Mekah. * Menyembuhkan tangan wanita yang lumpuh dengan tongkatnya. * Menyambung tangan orang Badui yang tangannya putus setelah dipotong oleh dirinya sendiri setelah menampar Muhammad SAW. * Mendoakan supaya Kerajaan Kisra hancur, kemudian do’a tersebut dikabulkan. * Mendoakan Ibnu Abbas menjadi orang yang faqih dalam agama Islam.
Hal ghaib dan ru’yah
* Mengetahui siksa kubur dua orang dalam makam yang dilewatinya karena dua orang tersebut selalu shalat dalam keadaan kotor karena kencingnya selalu mengenai pakaian shalat. * Mengetahui ada seorang Yahudi yang sedang disiksa dalam kuburnya. * Meramalkan seorang istrinya ada yang akan menunggangi unta merah, dan disekitarnya ada banyak anjing yang menggonggong dan orang tewas. Hal itu terbukti pada Aisyah pada saat Perang Jamal di wilayah Hawwab yang mengalami kejadian yang diramalkan Muhammad SAW. * Meramalkan istrinya yang paling rajin bersedekah akan meninggal tidak lama setelahnya dan terbukti dengan meninggalnya Zainab yang dikenal rajin bersedekah tidak lama setelah kematian Muhammad SAW. * Meramalkan Abdullah bin Abbas akan menjadi “bapak para khalifah” yang terbukti pada keturunah Abdullah bin Abbas yang menjadi raja-raja kekhalifahan Abbasiyah selama 500 tahun. * Meramalkan umatnya akan terpecah belah menjadi 73 golongan.
Mukjizat terbesar
* Membelah bulan dua kali untuk membuktikan kenabiannya pada penduduk Mekkah. * Isra ke Masjidil Aqsa dari Masjidil Haram lalu Mi’raj ke Sidratul Muntaha dari Baitul Maqdis tidak sampai satu malam pada tanggal 27 Rajab tahun 11 Hijriah. * Menerima Al-Qur’an sebagai Firman Tuhan terakhir padahal ia seorang yang buta huruf.
Tapi harap di ingat jika mukjizat dalam artikel di atas belum lengkap dibanding apa yg tertulis dalam kitab hadist yg lengkap & jumlahnya menjumpai 300 kisah mukjizat dari Rasulullah Muhammad SAW baik yg serupa ataupun lainnya.
Tujuan pembuktian ini bukan acuan pada mukjizat di atas, tetapi pada Qur’an sebagai Firman ALLAH & mengapa disebut Mukjizat terbesar sepanjang masa. Terima kasih kepada yang menyampaikan ilmu ini kepada penulis. Semoga bermanfaat :-)
Tutorial: Cara tukar lagu dalam Blogskin
Assalamualaikum ^_^ Sekarang saya nak post cara bagaimana nak tukar lagu dalam Blogskin.
Tujuan saya buat tuto ni sebab ada orang request dekat "chat facebook".
1) Login to Blogger --> Dashboard --> Template. 2) Selepas klik Template, akan ada keluar code Blogskin korang ala-ala seperti gambar di bawah.
3) Selepas ikut step yang ke-2 tadi, korang tekan CTRL + F serentak dan akan ada keluar satu kotak sama ada dekat bahagian atas(kanan) atau bawah(kiri) atau mana-mana sahaja.
4) Selepas keluar je kotak find tu, taip youtube. Dah jumpa?
Korang akan jumpa code hampir sama seperti di bawah ni.
<object width="170" height="25"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/tFtIZAtC_9E?fs=1&autoplay=1&hl=en_US&rel=0"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowscriptaccess" value="always"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/tFtIZAtC_9E?fs=1&autoplay=1&hl=en_US&rel=0" type="application/x-shockwave-flash" width="170" height="25" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true"></embed></object>
5) Selepas siap buat step ke-4, korang hanya perlu tukar apa yang saya "highlight"kan di bawah ini.
<object width="170" height="25"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/ tFtIZAtC_9E ?fs=1&autoplay=1&hl=en_US&rel=0"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowscriptaccess" value="always"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/ tFtIZAtC_9E ?fs=1&autoplay=1&hl=en_US&rel=0" type="application/x-shockwave-flash" width="170" height="25" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true"></embed></object>
6) Okey, kalau dah jumpa code tu di blogskin, sekarang saya nak ajar cara ambil code di youtube. 1) Pergi ke sini ----> www.youtube.com
2) Sila cari lagu yang korang suka dahulu. 3) Selepas itu, klik share --> embed "/> 4) Ambil code lagu itu contoh: http://youtu.be/tFWe-4Dr8HE 5) Tukarkan code lagu yang sedia ada di blog dengan code lagu di step-4. Di step ke-4 tadi, ambil yang di"highlight"kan ni sahaja : http://youtu.be/ tFWe-4Dr8HE 6) Okey, dah siap! Tekan Preview dulu, jika menjadi tekan Save dan tahniah ye. ^^
Kawaii Welcome Image
KAWAII WELCOME IMAGE
Kalau nak guna,tak payah credit saya pon takpe sebab semua image ni bukan saya punya . Satu lagi mungkin saya silap letak code die, gambar lain code lain. Kalau ada kesalahan tu maaf ye. Sebab sekarang ni sibuk sikit, nak buat cepat-cepat. PLEASE DON'T RE-POST IT
Tutorial: Sliding Mini Music Player With Playlist
Hari ni nak bagi tuto sikit sebab tak pernah lagi buat tuto dalam blog baru ni. Tapi Sliding Music Player ni bukan hasil tangan sendiri. Credit to Rehana Shaikh .
Saja nak share.
INFO:
First of all, You will need to edit your blog theme to add this music player skin and playlist. Second, You will need to grab your own music player codes with playlist which you can put in this HTML codes. However, You can continue with these songs.
Edit Your Tumblr Theme and Scroll Down till the end and Paste below HTML codes just before </body> .
<!-- Get this Music Player from Tumblings.net -->
<link rel="stylesheet" type="text/css" href="http://static.tumblr.com/0szq8b5/zPnmlrgx7/tumblings-music.css"></link>
<div id="editthis">
<div id="music1">
<div id="music2">
<a href="http://tumblings.net/post/48858276757/sliding-mini-music-player-with-playlist"><img alt="Tumblr Music Player" src="http://media.tumblr.com/tumblr_m7w28slx3l1r6o8v2.gif"></a></div>
<div id="music3">
<Div style="margin-top:-5px; margin-left:-6px;">
<!-- YOUR MUSIC CODE GOES HERE, RIGHT AFTER THIS LINE. -->
<embed src="http://www.sheepproductions.com/billy/billy.swf?autoplay=false&f0=http://a.tumblr.com/tumblr_lo3tkslI361qmbli4o1.mp3&t0=Nice Guys&f1=http://freemp3host.com/mp3/9800/%C2%A0-%C2%A0%20[freemp3host.com].mp3&t1=Like a Good Boy&f2=http://freemp3host.com/mp3/9799/Toby%20Turner-Dramatic%20Song%20[freemp3host.com].mp3&t2=Dramatic Song&f3=http://freemp3host.com/mp3/9797/%C2%A0-%C2%A0%20[freemp3host.com].mp3&t3=The Sideburn Song&total=4" quality="high" wmode="transparent" width="200" height="30" name="billy" align="middle" type="application/x-shockwave-flash" /></div></div>
<div id="musiclist">
<h1><a href="http://tumblings.net/post/48858276757/sliding-mini-music-player-with-playlist">Playlist</a></h1>
<!-- PUT YOUR MUSIC TITLES HERE. BE SURE TO ADD A BREAK AFTER EACH ONE. -->
01. Nice Guys <br>
02. Like a Good Boy <br>
03. Dramatic Song <br>
04. The Sideburn Song <br>
</div></div></div>
NOTE
If you want auto play option then change autoplay=false to autoplay=true. Save your Tumblr theme and check out preview.
6 Cara Mudah Membuat Anak Rasa Disayangi
Anak yang enggan solat, keras kepala, tidak mendengar kata dan gemar bergaul bebas – ini hanya sekadar beberapa masalah yang dihadapi ibu bapa. Tahukah anda, salah satu cara paling efektif untuk membuatkan anak lembut hati dan mudah mendengar kata ialah dengan membuatkan dia merasa disayangi ?
Sebenarnya membuatkan anak merasa disayangi tidak memerlukan wang ringgit atau perbelanjaan yang banyak. Tidak perlulah anda membelikan hadiah yang mahal atau percutian yang menelan perbelanjaan yang besar . Malah, sekiranya kita membuat anak kita berasa tidak istimewa sepanjang tahun, barang mainan yang mahal atau jamuan hari jadi yang dibuat di hotel lima bintang tidak akan dapat mengubah perasaan yang dirasai anak kita itu . Apa yang penting dalam jangka masa panjang adalah perkara-perkara kecil yang anda lakukan setiap hari.
Ada enam cara mudah yang boleh anda lakukan untuk membuatkan anak merasa disayangi:
1. Ucapkan kata-kata sayang terutama di kala dia sedih
Anak-anak perlu mendengar ucapan kasih sayang ini lebih-lebih lagi sekiranya mereka sedang mengalami masalah atau kemurungan. Contohnya, apabila berlaku sesuatu kejadian di sekolah yang menyusahkan hatinya. Pada saat-saat duka seperti ini, dia perlu tahu yang anda sentiasa di sisinya untuk memberi sokongan kepadanya.
2. Tunjukkan yang anda gembira apabila berjumpa dengannya
Serlahkan wajah riang ketika menyambut anak anda pulang dari sekolah, umpamanya. Tunjukkan keceriaan bila anda pulang dari bercuti ataupun dari pejabat. Katakan yang anda merinduinya.
3. Perhati dan akui perkara-perkara baik yang dilakukannya
Ibubapa selalunya bertujuan baik apabila menegur kesilapan atau kesalahan yang dilakukan oleh anak-anak mereka, kerana berharap anak-anak tidak akan mengulangi kesalahan itu lagi. Tetapi teguran-teguran ini mengecewakan anak-anak apabila ibubapa tidak nampak dan tidak memuji perkara-perkara baik yang mereka lakukan.
Anak-anak akan berasa kurang bersemangat dan mungkin akan cenderung melakukan perkara-perkara yang buruk hanya untuk menarik perhatian ibubapa. Apabila memuji anak anda, berikanlah kata-kata pujian yang khusus dan jelas serta ikhlas kepada mereka. Sebagai contoh, “Mama gembira sebab Lisa mahu berkongsi biskut coklat cip ini dengan nenek” atau “Rajin anak Papa menyimpan semula buku-buku itu setelah dibaca” atau “Papa seronok tengok Liza melukis dan bermain dengan adik.”
4. Dengarkan kata-katanya
Apabila anak bersuara dan ingin memberitahu anda sesuatu perkara, tumpukanlah perhatian dan dengarlah apa yang ingin dikatakannya itu. Lihat wajahnya dan hindari diri daripada menyampuk sehingga dia selesai bercakap. Mendengar bukanlah sekadar mendengar dan mengangguk sahaja.
Satu cara untuk menunjukkan kepada anak yang anda betul-betul mendengar apa yang dikatakannya adalah dengan bertanya soalan seperti “Jadi Fatehah ambil pen kamu tanpa kebenaran kamu?” Mendengar tidak bermakna anda mesti bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh anak anda. Tetapi dengan mendengar, anda boleh membantu anak anda meluahkan isi hatinya serta membuatkannya berasa lega dan tenteram kerana anda mengambil berat di atas kesejahteraannya.
Anak anda akan berfikir, “Mama/Papa mengambil berat terhadap diri saya, jadi saya tak perlu bimbang.” Anak anda perlukan keselesaan emosi seperti ini. Kadangkala anak anda perlukan anda mendengar pengakuannya. Ini berlaku kerana mungkin dia merasakan yang dia telah melakukan satu kesalahan dan kesalahan ini membuatkan dia berasa resah gelisah. Sekiranya ini terjadi, kawal diri daripada memarahinya. Sebaliknya, pujilah dia kerana bersikap jujur dan berani berbincang dengan anda. Dia perlu tahu yang anda tidak memandang rendah kepadanya hanya kerana dia telah melakukan kesalahan. Ini bermakna, walaupun dia telah melakukan kesilapan, anda masih menganggapnya istimewa.
5. Luangkan masa untuk melakukan apa yang diingininya
Kanak-kanak mengaitkan kasih sayang dengan perbuatan. Lebih-lebih lagi kanak-kanak kecil, mereka tidak begitu tahu untuk menjelaskan ungkapan ini, tetapi mereka tahu apa itu kasih sayang. Bagi kanak-kanak, kasih sayang adalah apa yang dialami dan dirasainya atau apa yang dilihatnya dilakukan oleh orang lain.
Apa yang anak anda mahu lakukan bersama anda? Menanam pokok bawang untuk projek Sainsnya ataupun membaca sebuah buku cerita bersama-sama atau membaca satu kisah lucu dan ketawa bersama-sama? Mungkin juga membuat dinosaur kertas mengikut model yang terdapat dalam buku origami yang anda baru belikan untuknya atau membuat kentang putar untuk makan malam nanti.
Apa pun yang anda lakukan bersamanya, biarlah dia yang memilih aktivitinya dan jika anda tidak boleh melakukannya serta-merta, tetapkanlah tarikh dan masa yang sesuai untuk anda dan juga untuk dirinya. Aktiviti-aktiviti ini boleh dirancang terlebih dahulu tetapi boleh juga dilakukan secara spontan. Perkara-perkara kecil yang anda lakukan bersama akan meninggalkan kesan mendalam di hati dan perasaan anda berdua.
6. Tunjukkan minat terhadap apa yang diusahakannya
Kanak-kanak gemar menunjukkan kepada kita apa yang sedang mereka lakukan. Sebagai contoh, jika anak anda yang berusia sembilan tahun sedang menyiapkan dua keping lukisan yang berlainan dan bertanya kepada anda lukisan mana satu yang anda lebih suka, dekati anak anda dan amatilah kedua-dua lukisan dengan penuh minat. Katakan sesuatu yang khusus seperti, “Yang ini lagi cantik sebab Ana melukis pokok dan daunnya dengan jelas. Warnanya pun lebih terang.”
Elakkan daripada menjawab secara acuh tak acuh, “Papa tengok sama saja kedua-dua lukisan tu.” Ataupun sekiranya anda sedang melihat anak belasan tahun anda bermain badminton, anda boleh memujinya dengan berkata, “Pukulan kakak sekarang semakin baik dan lebih bertenaga.”
Ataupun sekiranya dia meminta pendapat anda mengenai karangan yang sedang ditulisnya, anda boleh berkata, “Bahagian pengenalan karangan yang Jannah tulis tu memang bagus.” Anda mungkin berfikir yang kata-kata pujian akan membuatkan diri anak terlampau berpuas hati dengan dirinya sendiri dan tidak lagi mahu berusaha. Tetapi tiada apa yang lebih memotivasikan seorang anak selain daripada kata-kata perangsang daripada ibubapanya. Tidak kira dalam keadaan apa pun atau apa pun yang sedang dilakukan oleh anak anda, carilah perkara yang elok dan betul dan berikanlah puji-pujian. Anak anda akan menghargai kata-kata pujian itu dan akan berasa gembira.
Ujian Hidup – Bagaimana menghadapinya?
Ujian Hidup – Bagaimana menghadapinya? Manusia tidak akan dapat lari daripada ditimpa masalah. Baik orang kaya, mahupun orang miskin. Kerana apa?? Kerana masalah itu merupakan ujian bagi manusia… Selagi kita hidup, kita akan sering diuji…kerana apa?? Kerana,hidup itu adalah ujian…Ujian yang datang itu daripada siapa? Setiap apa yang tercipta pasti ada penciptanya. Begitu juga dengan ujian, ujian hidup datangnya daripada siapa?? Siapa lagi kalau bukan pencipta kita...Allah Tuhan Semesta Alam… Kenapa kita sering diuji? selagi kita hidup di dunia ini , pasti ujian akan datang menimpa kita… tapi kenapa??? kenapa Allah menciptakan ujian untuk hambanya?? Allah telah menjawab persoalan itu sebelum kita lahir di muka bumi ini lagi… Allah telah berfirman dalam Surah Al-Kahfi ayat ketujuh, Maksudnya : “Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada
di bumi sebagai perhiasan baginya, untuk Kami menguji mereka siapakah
di antaranya yang terbaik perbuatannya…” Oleh itu, jika kita dapat menghadapi ujian yang Allah berikan kepada
kita dengan sabar, kita tergolong dalam golongan orang yang beruntung
dan tinggi darjatnya… Setiap orang ada ujiannya yang tersendiri Setiap orang mempunyai had kemampuan yang berbeza.. Oleh itu, ujian yang Allah timpakan kepada mereka juga berbeza… Tidak akan melebihi had kemampuan seseorang itu… Allah yang ciptakan kita… jadi sudah pasti Allah tahu apa yang terbaik untuk kita dan Allah tidak akan sesekali meyusahkan hambanya… bukankah Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang?? Maksudnya : Dan sungguh, kami telah menciptakan manusia dan
mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan kami lebih dekat
kepadanya daripada urat lehernya… (Surah Al-Qaf, 16) Bagaimana kita dapat bersabar dengan ujian Allah???Perasaan sedih, takut, dan gelisah pasti akan hadir dalam diri setiap kali ujian datang menghampiri….
Persoalannya sekarang bagaimana kita mahu menghapuskan
perasaan-perasaan itu daripada terus-menerus menghantui diri agar kita
sentiasa dapat bersabar dan redha dengan segala ujian Illahi… Allah telah mengajar kita cara-caranya melalui ayat-ayat cintanya… dalam Surah Al-Ma’arij, ayat 19-35…(sahabat-sahabat boleh cek sendiri dalam tafsir yer…) Melalui ayat ini, Allah telah mengatakan bahawa kita ini memang
diciptakan dengan sifat yang suka mengeluh apabila ditimpa
kesusahan…. dan kita juga bersifat bakhil kedekut apabila diberi
kesenangan… Namun, ada manusia yang mampu menangani ujian Allah ini…iaitu
mereka yang :- 1) orang yang menjaga solat 2) orang yang menunaikan hak terhadap harta yang dimilikinya dengan membayar zakat, membayar nafkah, dan memberi sedekah 3) orang yang mempercayai akan hari pembalasan 4) orang yang takut terhadap azab Allah 5) orang yang memelihara kemaluan dan kehoramatan diri mereka daripada bukan muhrim 6) orang yang memelihara amanah dan janji 7) orang yang bersikap jujur dan adil apabila menjadi saksi 8) orang yang memelihara solatnya Dan mereka itu akan dimuliakan di dalam syurga… Itulah ciri-ciri ahli syurga…Kalau sahabat-sahabat perhatikan, betapa solat itu penting dalam melatih diri kita untuk menjadi orang yang sabar dan bersyukur sehingga Allah menyebutnya sebanyak dua kali bahawa mereka yang menjaga dan memelihara solat akan mendapat kemuliaan di syurga. Solat itukan tiang agama dan solat itu pembenteng diri daripada melakukan perkara-perkara yang mungkar. Sahabat, menjaga solat ini bukan sahaja dari segi cukup rukun dan syarat sahnya sahaja tetapi…juga haruslah ditunaikan pada awal waktu…juga Allah menyuruh kita supaya berkekalan solatnya…bermaksud istiqamah dalam melakukannya…ini bukan sahaja untuk solat wajib…malah solat sunat juga… Selain menunaikan solat, harta yang kita miliki haruslah kita bahagikan kepada hak-haknya…harta itu bukan secara mutlaknya milik kita…ada hak orang lain terhadap harta itu…terutamanya dari segi pembayaran zakat dan nafkah…dan jangan lupa buat mereka yang memerlukan dan buat mereka yang berjuang di jalan Allah…berkorban harta ini juga merupakan satu jihad… Allah berfirman dalam surah Al-Saff, ayat 10 dan 11 yang bermaksud :-Maksudnya : “wahai orang beriman! mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya…” Kita juga haruslah mempercayai akan adanya hari kiamat dan juga hari pembalasan…bila?? bagaimana?? itu semua rahsia Allah… Maksudnya : “Manusia bertanyakan kepadamu (Muhammad) tentang hari kiamat. katakanlah, “Ilmu tentang hari kiamat itu hanya di sisi Allah. “Dan tahukah engkau, boleh jadi hari kiamat itu sudah dekat waktunya.” (surah Al-Ahzab, ayat 63) kita juga haruslah takut terhadap azab pedih yang dijanjikan Allah bagi mereka yang ingkar kepada-NYA…Maksudnya : “Dan orang-orang yang berusaha untuk (menentang) ayat-ayat Kami dengan anggapan mereka dapat melemahkan (menggagalkan azab Kami), mereka itu akan memperoleh azab yang sangat pedih.” (surah Saba’, ayat 5) kita wajiblah memelihara kemaluan dan kehormatan diri kecuali kepada muhrim kita… bagaimana caranya?? dengan menutup aurat kita…Maksudnya : “Maka syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka iaitu auratnya…”Al-A’raf, ayat 20) Allah berfiman dalam surah Al-Ahzab, ayat 59 yang bermaksud :-“wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” dan bukan sahaja pakaian kita, malah perbuatan dan perkataan kita harus dijaga..haa…jangan lupa pandangan kita…bukankah dari mata jatuh ke hati?? oleh itu, jangan lupa menundukkan pandangan kita…ingat tau, menundukkan pandangan mata…bukan menundukkan kepala… ahli syurga juga merupakan mereka yang memelihara dan menjaga amanah dan janji mereka… tahukah kamu bahawa Allah sangat membenci mereka yang mengatakan apa yang tidak mereka lakukan?? ini bukan kata saya, tapi kata Allah… Allah telah berfirman dalam surah As-Saff, ayat 2 dan 3 yang bermaksud“wahai orang-orang yang beriman! mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan..(Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan…” oleh itu sahabat, kalau kita berjanji atau memegang sesuatu amanah, harus kita tunaikan dan menjalankannya dengan bertanggungjawab…baik dengan manusia mahupun kepada Allah…jangan jadi orang munafik yang tak menepati janji… dan…kita haruslah bersikap jujur dan adil jika kita menjadi saksi…walaupun orang yang bersalah itu keluarga kita, kita harus bercakap jujur terhadap apa yang kita saksikan…dan adil…walaupun mereka itu orang ang kita sayang… sahabat…menjadi saksi yang jujur dan adil ini bukan sahaja sifat ahli syurga…malah ia merupakan sifat ‘ibaadurrahman… Allah mengatakan ini dalam Surah Al-Furqan, ayat 72… oleh itu sahabat…ingin saya tekankan di sini bahawa, ujian yang Allah timpakan kepada kita bukan untuk membebankan kita atau menyusahkan kita tetapi…ujian itu merupakan kayu ukur bagi seseorang, dimanakah tahap atau darjat mereka di sisi Allah… dan…kita diuji agar kita bersabar dan bersyukur… sama-samalah kita menjadi hamba-NYA yang bersabar dengan ujian-NYA dan bersyukur dengan nikmat-NYA….agar kita dimuliakan di jannah-NYA…aamiin… waallahua’lam…yang baik itu datang daripada Allah…yang buruk itu kelemahan diri yang bergelar manusia…hakikatnya semua datang daripada Allah…moga kita menjadi muslim yang sebenar-benar muslim…