Jambatan Paling Panjang ( Paling lama atau paling singkat perlu dilalui oleh setiap muslim)
Iaitu Jambatan TITIAN SIRATH yg lebarnya hanya sehelai rambut yg
dibelah tujuh dan tajamnya lebih daripada mata pedang . Dibawahnya
terbentang NERAKA dan disebelahnya terbentang SYURGA yg luas .
Diceritakan bahawa , untuk merentasi titian mengambil masa 15,000 tahun .
5 ribu tahun menaik , 5 ribu tahun mendatar , dan 5 ribu tahun menurun.
Antara perkara yang mesti diimani oleh setiap orang mukmin adalah
mengenai "Sirat" atau titian yang merentangi neraka jahannam menuju ke
syurga.
Tiada seorang pun yang terkecuali daripada melalui titian
tersebut, iaitu sebuah jambatan yang lebih halus daripada rambut dan
lebih tajam daripada mata pedang.
Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
"Dan tidak ada seorang daripadamu, melainkan mendatangi neraka itu, hal
itu bagi Tuhanmu adalah suatu kemestian yang sudah
ditetapkan".-(Maryam: 71).
Ayat tersebut dengan jelas mengatakan
bahawa setiap orang mesti mendekati neraka, maksudnya melintasi titian
yang merentangi neraka jahannam, sama ada para Rasul, Nabi-nabi dan juga
umat manusia biasa.
Kejayaan meniti jambatan tersebut bererti kejayaan yang paling agung untuk menusia menuju destinasi terakhir iaitu syurga.
Manusia akan terpegun dan gementar apabila berdepan dengan titian yang
amat luar biasa itu. Secara zahirnya, tidak ada orang yang mampu
menyeberangi sebuah jambatan yang begitu halus serta amat tajam pula,
ditambah pula bahang api neraka yang begitu panas.
Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
"Kemudian Kami akan menyelamatkan orang-orang bertakwa dan membiarkan
orang-orang yang zalim (jatuh) dalam neraka dalam keadaan
berlutut".-(Maryam: 72).
Orang yang selamat menyeberangi titian
tersebut bukanlah atas kebijaksanaan mereka, tetapi Allah S.W.T. yang
menyelamatkan mereka berasaskan keimanan dan ketakwaan mereka.
Tidak akan lalu seseorang di atas "Sirat" kecuali mereka akan menghadapi
7 sekatan dan setiap sekatan ada soalan-soalan dan pemeriksaan yang
terpaksa dilalui oleh manusia.
Sekatan 1
~~~~~~
Manusia
akan diperiksa mengenai pengakuan Syahadah mereka. Adakah mereka beriman
dengan Allah S.W.T. dan Rasul-Nya sebagaimana dalam ucapan Syahadah
mereka.
Sekatan 2
~~~~~~~
Manusia akan diperiksa tentang
solat mereka. Sekiranya solat mereka dilaksanakan dengan sempurna
mengikut rukun dan syarat-syaratnya serta khusyuk hati mereka mengingati
Allah S.W.T. tanpa lalai dan sebagainya, maka mereka dibenarkan
meneruskan perjalanan.
Sekatan 3
~~~~~~
Diperiksa ibadah
puasa. Mereka akan dibenarkan meneruskan perjalanan hanya setelah
didapati ibadah puasanya memenuhi syarat rukun serta tidak dirosakkan
dengan perkara yang membatalkan atau merosakkan pahala puasa.
Sekatan 4
~~~~~~~
Diperiksa mengenai amal zakat. Adakah mereka mengeluarkan zakat apabila
mereka mempunyai harta yang wajib dikeluarkan zakatnya. Jika lulus,
mereka dibenarkan meneruskan perjalanan.
Sekatan 5
~~~~~~~
Diperiksa mengenai ibadah Haji. Sekiranya mereka mempunyai wang yang
mencukupi dan syarat-syarat lain dapat dipenuhi tetapi mereka masih juga
menangguhkan pemergian untuk menunaikan ibadah haji, nescaya akan
menjadi halangan ketika berada pada sekatan yang kelima.
Sekatan 6
~~~~~~~
Diperiksa mengenai ibadah wuduk dan juga mandi wajib. Wuduk merupakan
satu kaedah untuk menyucikan hadas kecil untuk membolehkan seseorang itu
menunaikan solat. Soal mandi wajib juga menjadi syarat utama seseorang
untuk melakukan ibadah kerana orang yang dalam hadas besar tidak boleh
melakukan solat, membaca Al-Quran dan sebagainya.
Sekatan 7
~~~~~~
Sekatan terakhir akan dihadapkan dengan soalan dan pemeriksaan yang
paling berat, iaitu akan ditanya sama ada mereka ada melakukan kezaliman
terhadap sesama manusia. Di bahagian ini RAMAI YANG FAILED !!
Sekiranya pemeriksaan pada sekatan ketujuh ini gagal dilalui, alangkah
malang nasib seseorang iaitu apabila segala-galanya musnah di peringkat
akhir. Walaupun 6 daripada sekatan itu telah berjaya dilalui, tetapi
terhalang ketika kedudukan syurga telah hampir dicapainya.
Tidak
ada orang yang boleh menyembunyikan kezaliman yang dilakukan terhadap
seseorang lain kerana semua anggota badan akan membuat pengakuan
terbuka.
Dengan itu, lidah menjadi kelu dan tidak mungkin boleh
berdusta untuk menyembunyikan kezaliman yang telah dilakukan oleh
mereka.
Wallahu'alam ^-^
Setakat ni saja dulu, saya nak rehat kan keyboard pula. Jari &
jantung sama berdebar.
Terasa seram sejuk je baca ni
MasyaAllah....Nauzubillah