Entry
About
Islam
Friends
Affiliate
Tutorial
~Fakta bersin~
Anda bersin mungkin disebabkan oleh udara sejuk, debu,
asap, dll. Bersin berguna menjaga agar hidung tetap bersih (cleansing effect). Udara yang menghembus kuat dengan tekanan tinggi dari paru-paru mendorong keluar melalui hidung dan mulut.
Bersin
merupakan salah satu tindakan tubuh yang sangat rumit, dan ternyata
bersin itu mempunyai beberapa fakta menakutkan dan merbahaya. Sebaiknya anda baca dan jangan lakukan hal yang dapat membawa kepada bahaya bersin.
Berikut beberapa faktanya :
Semasa kita bersin, secara refleks otot-otot yang ada di muka kita menegang, dan jantung kita akan
berhenti berdenyut atau berhenti berdegub untuk sementara. Setelah kita
selesai bersin, maka jantung kita akan berdegub kembali. Semasa bersin, lendir atau benda-benda asing yang ada di
mulut dan hidung akan keluar dengan kecepatan 100 mil per jam. Jika
bersin terlalu kuat akan berisiko dapat meretakkan tulang rusuk.
Bahaya sekiranya anda menahan bersin, akibatnya tubuh harus mengatasi perubahan akibat
tekanan kuat yang masuk kembali ke dalam saluran pernafasan. Tekanan
tersebut boleh menyebabkan kerosakan pada gegendang telinga, selain itu
berisiko mengalami pecah pembuluh nadi di kepala dan leher mungkin juga boleh
terjadi.
Bersin dapat mengeluarkan banyak bakteria. Ketika anda
bersin, tubuh akan mengeluarkan 100.000 kuman atau bakteria ke udara.
Menurut John Pan, MD, Ketua Pusat Perubatan Integratif di George Washington University Medical Center,
bersin yang ditahan akan memaksa bakteria kembali masuk ke dalam rongga
hidung dan telinga, sehingga boleh menimbulkan infeksi bagi tubuh kita.
Risiko yang dialami jika membuka mata ketika bersin, akan terjadi stres yang luar
biasa pada tubuh, tekanan udara yang cukup penting terletak pada
mata. Tekanan tambahan tersebut memang tidak akan membuat mata tersembul
atau keluar (namun dapat saja terjadi). Tekanan itu akan membuat mata
merasa tidak selesa. Sehingga secara refleks seseorang akan menutup
matanya semasa bersin sebagai bentuk perlindungan. Jadi akan sukar untuk
membuka mata semasa bersin. Itulah beberapa fakta menakutkan
mengenai bersin, namun jika anda bersin tersebut secara normal, maka
fungsi sebenarnya dari bersin tersebut akan anda rasakan.Joyhomework
KAEDAH ISLAM KETIKA BERSIN
Kita
sering mendengar orang bersin. Malah kita pun sering melakukan bersin.
Bagaimana kaedah Islam ketika kita bersin atau mendengar orang bersin?
Berikut ini kaedahnya sesuai dengan yang diajarkan oleh Rasulullah sallallahu álaihi wasallam.
1. Rasulullah sallallahu álaihi wasallam bersabda , “Apabila seseorang di antara kamu bersin, hendaklah mengucapkan,
الْحَمْدُ لِلَّهِ
[alhamdulillah] (Segala puji bagi Allah),
2. lantas saudara atau temannya mengucapkan,
يَرْحَمُكَ اللهُ
[Yarhamukallooh] (Semoga Allah memberi rahmat kepada-Mu) .
3. Bila teman atau saudaranya mengucapkan demikian, bacalah,
يَهْدِيْكُمُ اللهُ وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ
[Yahdiikumullooh Wa Yushlihu Baalakum] (Semoga Allah memberi petunjuk kepadamu dan memperbaiki keadaanmu).” [HR. al-Bukhari 7/125]
Semoga kita boleh mengamalkan ajaran rasulullah yang berkaitan dengan bersin ini. Ameen..
In sya Allah
|